Click! Click!

Showing posts with label ibuku. Show all posts
Showing posts with label ibuku. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu ^_^


Salam semua...tidak terlambat rasanya untuk akak ucapkan
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu...*bakal ibu pun boleh*
Semoga ibu-ibu sentiasa beroleh keberkatan dan ketenangan dalam
mengasuh dan mendidik anak2. Akak hanya dapat mendoakan ketenangan
roh ibu dan ibu mertua akak kerana mereka berdua telah 'dijemput' 
oleh Allah SWT terlebih dahulu...
Memang ketiadaan ibu begitu terasa sekali
kerana ibu adalah orang yang paling rapat dengan kita
Semoga ibu ditempatkan bersama golongan 
orang2 yang beriman dan beramal soleh...


gambaq lama... :)

Ibu...
tanpamu di sisi begitu menyakitkan
tanpamu di sisi membuatku sunyi
tanpamu di sisi membuatku rindu
engkaulah ratu hatiku...pengubat segala resahku
penawar segala kesakitanku
engkau sentiasa memberi kekuatan dan semangat
tak jemu-jemu melayan kerenah anakmu
walaupun sakit hatimu dengan perangai dan tingkah anakmu
engkau tetap tabah dan menyayangi sepenuh hatimu
tiada tolok bandingnya...
Ya Allah...sayangilah ibuku sepertimana dia menyayangiku!

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link