Click! Click!

Thursday, December 16, 2010

Kenduri-kendara :D

Salam semua...amboi sibuk sungguh kalau buat kenduri nih kan. Macam2 benda nak buat, rasa teruja pun ada gak. Maklumlah akak nih x pernah buat kenduri lagi (umah sendiri le). Baru2 nih anak akak yang sulung "Abang Syafiq" berkhatan pada 30/11 ari tuh dan kendurinye pada 6/12...so nak buat gak le sikit2 (kononnya). Tapi x leh jadi sikit2, jemput jiran2, adik-beradik, kawan2 ofis, kawan2 sekolah...lastly jadi banyak le jugak, xpe2 meriah pulok jadinye...best2!

Bukan umah akak, ehsan prof. Goo...

Tapi akak agak terkilan le pulok, sebab....satu keping gambar pun tak tertangkap, aduyaiiiii!!! Macamana leh jadi macam nih, langsung tak ingat nak snap, punyalah sibuk melayan tetamu yang datang sampaikan terlupa nak amik gambar utk kenang2an...ish3! Hurrmm nak wat camne? Mende dah lepas...Ni haa orang yang diraikan...see :D

Syafiq the incredible huk2!!
Anyway, semuanya dah selesai...alhamdulillah :) Ramai gak yang datang, ada kawan2 yang dah 20 tahun lebih x jumpa pun datang...Bapa sedara dan mak sedara dari Perak pun datang, jiran sekampung pun turut meraikan...alhamdulillah syukur!

*InsyaAllah nanti kita buat kenduri lagi yea, seronok pulok walaupun penat...hehe

Wednesday, December 15, 2010

Asyura (10 Muharram)

Salam semua, harap semuanya sihat2 belaka yea...
Esok 10 Muharram, juga dikenali sebagai hari ASYURA. MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.


Empat belas(14) perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah.
Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.Menunjukkan orang sesat.
Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.  
6.Bersedekah.
Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat.
Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak.
Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.  
11.Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11kali.

12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
*Marilah sama2 kita membuat amalan yang baik ini yea :)
Terima kasih kepada laman web  http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html kerana berkongsi ilmu ini.

Friday, December 10, 2010

Gelagat anak2 :D

Salam semua, amboi jenuh jugak nak buat entri baru nih...ermmm rasa macam tak habih2 letak cerita pasai anak2...yelah dah ada anak, kan? Hari2 tengok muka depa...tambah2 lagi klu cuti sekolah nih, macam2 aktiviti yg depa rancang tau, sampaikan kita nih dah habih idea...depa pulok bagi cadangan. Amboi2...kreatif jugak anak2 akak ni tau.

Si anak teruna sorang ni asyik2 ajak pi padang bola, berlatih main bola le kononnye...padan le ngan ayahnya memang kaki bola. Pantang ada game kat stadium, punggung dah 'panas'...tak leh dok diam. Asyik dok ulang cari mama kat mana...nak tanya mama nak pi ke tak (amik hati), sebenaqnya depa bukan tak tau, mama depa nih memang tak berapa suka pi stadium tu, 1. bawa anak kecik (tak sanggup akak) dok control anak bukannya tengok bola, 2. bising sangat (rimas akak tau...tak suka3!), 3. penonton cakap bukan2 tau...ade gak yang mencarut, apa la hangpa nih, nak tengok bola tengok ajelah, x payah sampai nak mencarut2 dan cakap pelik2 (benci and menyampah tau!)...

Yang si dara 3 orang tu, asyik ajak pi taman je...klu nampak je taman, mesti nak singgah...klu tak bisingnya sampai umah (menangis segala...macam nak pecah keta!). Sabaq jelah ibu2 bapak2 :D Itulah dugaan menjadi ibu dan bapa nih...kena sabaq banyak2!!! Klu dah x sabaq sangat, 'bagi' jeeeeeewww...wahhh ganas akak kan? Takdelah...pukul2 manja je...hehe! Satu hari tu, kami pi stadium Kangar...ayah ngan anak teruna main bola, mama ngan 3 dara pingitan buat apa???????  See .... :D

Senyum2...amboi tangkap lentuk nampak!

Peace! Adik tengok mana?

Amboi cik adik manis...mau pigi mana aaa!

Gelagat anak2... :D

Kita seronok bila tengok depa seronok dan begitulah sebaliknya...suka duka dalam mengharungi kehidupan bersama. Dah 12 tahun...rasa macam baru semalam kita berkenalan kan2... 'abang sayang'? Hehe...harapnya akan terus ada perasaan begitu hingga hujung nyawa kita...insyaAllah!

*Cintailah pasangan kita seadanya, tak semua manusia itu sempurna.

Friday, December 3, 2010

Punggung 'ku' dicium lagi... :-p

Salam uols...wah tajuk N3 punyalah mengancam jiwa lara..hihi. Jangan dok pikiaq pelik2 na...haaa akak nak ceghita sikit pasai punggung 'ku' ni... apadia haaa??? Punggung 'ku' a.k.a punggung 'kereta'...hehe. Boleh kata semua kereta akak dah dicium oleh kereta dan motosikal. Tak tau le pasai apa. Depa bekenan sungguh sampaikan nak cium jugak2. Geram kot naaa....hik3!

Bukan punggung keretaku...ehsan pakcik google.

Dulu kereta kancil, motosikal mai hentam sampai pecah berderai kaca cermin belakang, aduhaiii kereta kancilku. Terbang kurang lebih RM1k...hurmmm, sabaq je la. Jual pi kereta tu, beli kereta MyVi pulok. Baru pakai beberapa bulan, punggungnya dah dicium pulok oleh kereta Kia Citra. Dah le tu, memang sah2 salah dia...dia buat liat nak bayaq ganti rugi. Memang x bertanggungjawab sungguh orang tuh!!!
Dialog kami: Akak: "En...pasai apa bawa laju sangat, takkan x nampak
lampu isyarat merah tu?"
En. Penyangak: "Minta maaf le, saya x sengaja...tengah dok adjust radio, tiba2 terlepas brek (kereta auto le ni)...minta maaf na"
Akak: "Ni macamana ni...sapa nak bayaq kereta saya dah rosak nih"
En. Penyangak: "Sikit je nih, nanti tanya kedai...saya bayaq"
Akak: "Ok le macam tu, nanti saya bagitau berapa kena...bagi no tel"
Selang beberapa hari, Akak: "En...saya dah tanya 2, 3 kedai depakata
dalam RM450 semuanya"
En. Penyangak: "Amboi mahalnya, takkan banyak tu kot!"
Akak: "Ingat saya tipu ke? (dalam hati bengang tak sangga dah)"
En. Penyangak: "Takpelah, saya bagi RM100 dulu"
Akak: "Ok, nanti masukkanlah lebihannya kemudian ye"

Haaa...tudia punya le panjang lebaq akak bercerita, sampai la ni 'penyangak' tu tak bayaq lebihannya, terpaksalah akak ni guna duit sendiri dek. Sakitnye hati hanya Allah yang tahu. Sedangkan memang dok jumpa selalu dgn 'penyangak' tuh, sbb dia dok pi ambik bini dia di sekolah anak akak belajaq...tapi dia nampak akak boleh buat POYO je!!! eeeee...geramnye!! Takpe...Allah akan balas orang macam tu. Tak lama lepas tuh, akak terserempak ngan dia masa pi amik anak kat sekolah...tengok2 kereta dia rosak teruk kat sebelah tepi kanan/kiri..tah tak ingat....dalam hati akak, emmm padan muka hang...Allah dah bayaq cash!!!

Haa...satu lagi kereta akak Kia Spectra, baru2 nih dilanggar oleh couple yang sedang asyik masyuk bercinta atas motor. Berdarah mulut si jejaka tadi, yang si dara (dara ke?)...pening2 lalat gitu. Bawa laju le tu, kereta akak ni slow je...sbb kereta kat depan akak nak masuk simpang. Tetiba...gummm!!! Heran akak...suka sungguh depa nak cium punggung kereta akak. Kita nih boleh dikategorikan 'PEMANDU BERHEMAH' gitu tapi ada je yang nak 'kiss'...tapi kerana kesian tengok akak suruh le en suami bagi RM20 utk gi peksa..ciannnnn!!!! Nasib baik Kia Spectra...haaa tak kemik langsung dek, cuma calar ckit je...si couple tadi sampai terpelanting (kata makcik dok tepi jalan, kira saksi le nih!). Lain kali klu nak bercinta...agak2 le...

*Jangan pegang2...duduk renggang2.. hehe :D
Hati2 di jalanraya!!!

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link