Click! Click!

Wednesday, June 30, 2010

Thanx semua, byeee...!!

Salam semua...apa habaq?
Harap semuanye sihat2 yee,
jaga kesihatan....
jgn makan banyak nanti perut kembung
(kata kak cik Dina - my naughty girl...ngeeee).
Takde apa sangat hari ni nak cerita tentang perpisahan...sedeeyyyyyy, sob3!
tp BAHAGIA :)
Hari ni last day kat PTSS khasnya JRV
(Jbtn Rekabentuk & Komunikasi Visual).
Tot tet tot tet...masa berlalu, dah kurang lebih 5 tahun kat sini. CEPATNYA!!


Apa tengok2! Sedih tauuu...

Walaupun gitu, akak seronok sangat sbb dpt sambung belajaq...
dah lama hasrat tu terpendam, akhirnya tercapai jua
so now, berjuang lagi...chaiyok2!
Hidup rasa lebih bermakna bila ada challenge...kan3!

Moga anak2 akan menjadikan kesungguhan mama & ayah depa nih
sebagai motivasi paling kuat (impak maksima) utk depa belajaq rajin2,hihi!
Mama & ayah sentiasa doakan anak2 berjaya dalam hidup,
DUNIA & AKHIRAT...INSYAALLAH!

Doakan akak yee...

Belajaq sampai akhir hayat, moga kejayaan menjadi milik kita
dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT...aminnnnnn!

* Selagi terdaya, belajaq la nooo...peluang terlalu banyak
cuma mau @ tidak, tu jeee...

Friday, June 25, 2010

ROKOK OH ROKOK!!

Salam sejahtera semua....ada sihat ka? Adakah anda perokok?
Kalau kita tengok di sekeliling kita, 
terlalu ramai yang menghisap rokok. 
Klu oghang Perlis kata makan rokok (lagi laaa teruk no!!!)
oghang hisap aje, dia makan terusss...tercekik mau kaa...


Haa...ni yang kata makan tuh! 
Mau mati cepat kot!!

Fakta dapat dari akhbar KOSMO, menyatakan bahawa 
dalam rokok ada sel darah BABI!!!

Antara beritanya:
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia
semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini 
mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai 
kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney 
dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan 
dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah
haiwan itu di dalam penapis (filter) rokok.

Ihsan pakcik Google hensem...

Ya Allah Ya Rabbi!!...aapa nak jadi nih?
Sebab tulah Majlis Ulamak Malaysia telah mengharamkan rokok....
tapi adakah orang amik kisah pasal hal ini?
Seolah2 x de apa yang berlaku (mcm dah dihalalkan!!!)
Hati2 yee, dalam rokok terkandung pelbagai jenis
racun berbahaya seperti di bawah:


 Tuuu diiaaaa... memang bo #$&@$#**!!! sapa yg hisap rokok!!

(geram nih tau, sbb yg dok hidu nih lagi bahaya!!!)
tambah2 lagi klu anak2, isteri n mak ayah (dah tua)
yang dok hidu hari2...
lagi cepat piii oghang tua tuhh! Kita x tau pasai
dalam senyap2 dia dok merosakkan intipati dalam badan nuh....
(bukannya apa, GERAM SANGAT...tu yg tulisan jadi merah,
tinggai lagi x keluaq api saja!!!)

Klu kot hangpa nak tau (klu maghah dia keluaq loghat peghelih)
yang cipta ghokok nih oghang ISRAEL nuh,
YAHUDI LAKNATULLAH!!!
TAPI depa x hisap ghokok, depa cukup/paling benci
oghang hisap rokok, tambah2 dalam ghumah...
depa halau keluaq, haaaa...nak habaq pih!!
Ammmbooihhh, sat noo penat nih!!

Ok sambung balik. Control sikit maghah (oghang tua2 kata, klu
dok maghah2, nanti cepat tua)...betoi kaa?
Depa tau kandungan ghokok tuh sbb depa yg buat...x gitu?
Apa tujuan depa? Supaya semua oghang kat dunia nih,
(kecuali bangsa depa) jadi sakit, bodoh, mereng, bengong, 
mudah letih, mudah nak maghah, jadi x betoi
dan macam2 lagi yg boleh merosakkan masa depan,
so, hangpa pikiaqlah sendighiii noooo!!!
(kata akak bukan kata nabil).

Tengoklah kesan/akibat hisap rokok:


 Ihsan dari pakcik google...

So, now what? Dok tunggu lagi? Sapa2 yang rasa dia adalah perokok
maka berhentilah sekarang sebelum terlambat yeee...
Sayangilah diri anda serta semua orang yang anda sayangi!!
Dengan cara BERHENTI MEROKOK!

*Memanglah sedap menikmatinya tapi padah akibatnya,
fikir2kan...









Wednesday, June 23, 2010

Wow, semakin berkembang!! Tahniah2!

HPA semakin maju dan berkembang! Untuk makluman sume,
la ni dah ada HPA Halal Mart tau!
Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah
bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui
oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor)
yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.
HEBAT KAN??


Gambar2 ehsan hpa.com.my

Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart 
serta logo MHH telah disempurnakan oleh
YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka). 
Halal Hub Melaka adalah merupakan 
Halal Hub Pertama di Malaysia. 
Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan 
termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara.

 
YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam dgn Tn. Hj. Ismail

Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail, 
PU2 – Tn. Hj. Fisal dan GM-GM terdiri drp 
En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

Mai secawan, eh...silap, mai sebungkus!!

En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan 
Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah 
dan ucapan terima kasih kepada warga HPA 
yang menyahut seruan kerajaan sama-sama 
menerajui indutri halal negara di mana urusniaga 
produk halal dunia bernilai USD 3 billion.

*Satu perkembangan yg sangat bagus, go HPA go..!!
(Info dari hpa.com.my)

Monday, June 21, 2010

Masuk PTSS, meh ramai2 kite...

Bangganye i dapat sambung belajar!
Yea2...dapat masuk poli!

Pelajar baru PTSS (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis)
bagi Sesi Julai 2010 
mendaftar hari ni 21 Jun 2010 (Isnin). 
Wah, berduyun2 kereta memasuki perkarangan politeknik ni....
menghantar anak2, bangganya ibu bapa ye. Anak2 bangga ka?
Sepatutnya anda berbangga pada diri sendiri, kenape?
Anda antara ribuan yang memohon masuk ke politeknik
dan berjaya, berbanding dengan kawan2 lain yang tidak berjaya
terpaksa buat rayuan pulak...

Tengok abis2 apa yang perlu yee...(Ihsan Google)

Ha, lepas nih kene belajaq rajin2...jangan main2 tau.
Ingat zaman akak dulu2 kan?
Mak n ayah selalu pesan macam tu,
bukannya apa, kita ni selalu ingat seronok jeeww.
Masa belajaq tu banyak sungguh main2 n asyik dok pekena kawan2
(nakal gak akak ni dulu) haaa, jangan x tau dek non.

Bila time exam pulak, memang rilex abis.....
2, 3 ari lagi nak exam baru nak kelam-kabut,
semua buku nak baca sekali,
mana boleh gitu??
Tengok kawan kite nih...haa!

 Study betul2...

Kene banyak membaca, jangan asyik copy n paste je!

 Jangan tido...haaip :p!!!

Apapun yg kita buat, kena ada perancangan, betoi dak?
Ok, moga semua pelajar baru dapat belajar
banyak perkara baru, dan mmg akan berlaku 
'culture shock'
bagi cara belajar dan situasi sekeliling anda,
pandai2lah menyesuaikan diri ye...
so GOOD LUCK ALLS!!

*Kehidupan adalah satu pembelajaran 
yang tk pernah habis!!

Thursday, June 17, 2010

Mandi-manda @ Gua Kelam

Salam uols...ade sihat? sudah mandi ka? 
Hehe... ini ada satu tempat yg memang 
ramai orang berkunjung untuk mandi-manda. 
Bebudak lagi la suka tempat2 mcm gini.
GUA KELAM kat Perlis
tambah2 kalau dok hujan mcm la ni, 
mmg air pun banyak, syooooookkk!!!
Tak caye? Tengok tu!

 Dah x sabar Dina nak turun mandi..ngeee!
Haa...ape tengok lagi Dina...turunlah!

 Eh, nape nak naik pulok?...seejuukkknye kata Dina!

Depa ni kalau boleh mandi mmg x ingat dunia.
x pandang kiri kanan, punyelah syok...
Tot tet tot tet! Masa berjalan...tengok2 tuu diaaaa
dok mai lagi orang, rombongan ke hape...ramainyeeeeewww!
Nasib baik kami dah plan nak mai awal, klu tidak...ermmm 
jawabnye x dpt le tempat strategik mcm gini...
haaaa tengok kat bawah tu!
Amboi, syoknye depa gi berkelah!
 Khusyuk sungguh depa dok sembang apa hah?
Mama ngan Damia n Dina...senyum2!( gambar dikecikkan
supaya saiz x terlalu ketara...ooops!)

Sekali-sekala beriadah mcm ni syok jugak ye...
x taulah bila nak dpt kesempatan mcm ni lagi,
insyaAllah dgn perancangan awal boleh dtg lagi...kan3!
Ini kami dok kat luar aje, x masuk pun dalam gua...
malaslah nak berjalan, nak berdokong anak2 lagi...
peeerrrgghhh patah lengan dek non!!!

*Rancanglah masa terluang anda utk bersama keluarga, 
chewah mcm pesanan iklan kat tv lak...hikhik!





Gaya Hidup Sihat Guys!

Salam semua, buat ape tuh?
Wah, la ni asyik dok melangut bola le tuh..
tengah demam bola kan3!
Haaa...adik2 kakak2 n uols semua, 
jangan lupa ye asyik duduk je depan tv tuh....
cuba le bersenam ke, beriadah dengan family ke, 
jogging pagi2 ke, lompat setempat ke, 
eheh, banyak sungguh exercise 
yg kita boleh buat kan!

 Inilah akibatnya klu x exercise, letih jeee...

 Jangan pandang ringan ye, 
takut nanti perut boleh naik 
(bahasa kasarnya 'membuncit') 
tanpa dapat dikawal lagi. 
Haaa, masa tu baru kelam-kabut 
nak exercise bagai...

Tengoklah satu family nih, 
memang bersungguh2 buat exercise untuk
kesihatan lebih terjamin di masa depan..cewah!
Family sape tuh? 
Tuuu diaaaa aih...depa angkut anak2 kecik sekali!

Cepat adik, lari!...
Wah, tonggek2..cepat rampas bola tu dik!
Haaa..ha dah dapat, yea2!
Eh, nape ni dik , macam nak terken..@#$&!!?
Lompat adik, ayah dah tunjuk skill tuh!
Alamak, kasut terlucut le pulok!
Eheh, dah menguap! Baru je nak warm up...

Anak2 cergas n sihat...hihi, lompat2, 
adik lompat x naik2..aaaaa lawaks!

Ok lah semua, jangan lupa pesan akak yeee...
Sentiasa bersenam n rehat minda anda
bersama keluarga tercinta
Sekali-sekala, apa salahnye... kan3?
Lupa sekejap segala masalah,
dan hilang semua kekusutan yang melanda hidup anda!
*Cepat weh, jangan tunggu lagi....
jumpa kat padang sok ye, byeeee




Wednesday, June 16, 2010

WADUH, LETIHNYE BERKEBUN!

Ni ape kes? Letih ke?

Misi utama adalah berkebun n cuci
apa yg patut masa cuti2 Malaysia ni! 
Boleh ke?
Rumput dah nak cucuk idung, 
lalang dah melambai2 manja gitu...
x tergoda langsung, 
menyampah lagi ade le...ish3! 

Apa gelak2, ingat akak x pandai berkebun ke?
Haa...ni ade satu cerita, masa Hari Ibu yg lepas,
anak2 akak depa pakat buat 
kad HARI IBU utk mak depa yg tercinta nih!
Ahaaa...vogue giteww!
Apa tau depa tulis...
SELAMAT HARI IBU pada mak 
yang pandai masak, 
mengemas dan berkebun...
(terharu dan terkesima kejap!)

Ikhlas daripada kami 
Syafiq, Syaza, Irdina & Damia

Sila lihat perkataan 
berwarna kuning tuh
lihat betul2 dan sebut kuat2!
Ok dah2 tuh, heran lak 
org dengar nanti....hehe
Dah terbukti kan? Ahaakkss!
Walaupun penat n berpeluh abih satu badan,
tapi puas hati tau, hasil penat lelah sendiri,
kudrat tulang 4 kerat...

Haa...tengok tu, dah terang lagi bersuluh kan3!

Ni pun dah abis semua rumput n lalang...hihi

Syooknye tengok, haahhh lega dek non!

Lepas nih, mesti naik lagi...ermmm 
dah memang mende idup, 
nak wat gena kan?
Apa2 pun, semuanye dah beres untuk kali nih!
Jumpa lagi, entries mengemas lak menanti anda semua...
see u soon:-)


* Marilah berkebun utk kesihatan anda! :-)




Bangunan baru HPA

Nak tengok bangunan baru HPA...
memang gempak habis uols tau! 
Haaa....tengok bawah tuh! Tuuu diaaa...

 HPA International Center (HIC)

HEBAT...kan3! Dalam diam2, 
HPA bergerak maju ke depan.
Kalu uols nak tau, bukan dalam Malaysia je tau...
Produk dan branchnye dah sampai ke luar negara 
spt. Brunei, Indonesia,
Thailand dan Kemboja.

HPA adalah MLM yang mempunyai 
Panel Syariah sendiri. Mempunyai ahli 
lebih 600,000  di Malaysia
dan 250,000 di Indonesia.
mempunyai lebih 170 cawangan di seluruh Malaysia 
dengan nilai jualan mencecah 
RM18 juta sebulan...wowwww! 
Extravaganza tuh!!

*Go2 HPA...produk halal tanggungjawab kita semua...

 

Tuesday, June 15, 2010

HPA INDUSTRIES SDN. BHD.


 
Logo HPA Industries

Haaa...nampak tak logo besar kat atas ni!
Cantik kan?
HPA stand for Herba Penawar Al-Wahida. 
Inilah satu2nya syarikat penuh Bumiputera
dan Islam yang sangat berjaya n marvelous!

Sekarang ni dah berada di serata negeri 
di setiap pelosok negara Malaysia. 
Sapa x pernah dengar kata2 "Mai Secawan!"
La ni bukannya secawan lagi, 
dah bercawan2 ganda 23 bro....ish3! 
Memang best dan yg paling penting 
dia punya khasiat yg sangat2 le banyaknye!!

Kopi Radix yg hebat n sedap!! 

Kenapa? Tak Percaya? 

Cubalah sendiri...ermmm baru tau penangannya. 
Jangan x tau, HPA bukan sekadar pengeluar kopi ye,
HPA juga merupakan pengeluar lebih
300 jenis produk termasuk kicap, sos,
sardin, ubat gigi,serbuk rempah, 
minuman kordial, pencuci pinggan, 
pencuci baju, pelbagai herba penawar 
segala jenis penyakit dll. dan yang 
paling penting ianya HALAL! 

Sebagai orang ISLAM kita kena pastikan 
apa yg kita makan, pakai n guna adalah 
tidak termasuk benda2 yg tidak halal tau...
itu sgt2 le PENTING!!!! 

Pasai apa???
Itulah pentingnya generasi kita 
akan datang. Kalau dah makan mcm2 
benda yg x halal, itu yg jadi mcm2 
perangai zaman la ni. 

Yg merempit, bunuh keluarga, 
maki ibu, lari ikut boyfriend, 
dera anak sendiri dsb....
ya Allah, jauhilah umat Islam drp 
segala kemungkaran dan 
penipuan orang2 kafir.

Nanti akak masukkan lagi 
entry pasal HPA yeee...banyak sgt! 
Oh ya, kalau betul2 lagi nak sokong, 
jadilah ahli HPA, 
banyak kelebihannya ...masuk ngan saya,
leh dptkan kit ahli di mana2 cawangan HPA,
hanya RM30.00
keahlian paling murah jika 
dibandingkan yg lain. Nanti masukkan 
nombor ahli penaja akak  
(538837)...ZAITUN BINTI JASIN. 

Ok lakukan sekarang, jgn tangguh2 lagi...
bukan setakat dpt produk, 
dpt point n bonus dan dpt pahala lagi
sbb promote barangan yg bagus lagi suci gitu....
dan HALAL. Lawati laman web HPA di

*Joom kita sama2 menyokong produk Islam dan Halal
*"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Fadhilat Bulan Rejab

 Berdoa dan beramallah sebelum kita tutup mata...

Selamat pagi uols...dah sarapan? Posa x?
Nape tiba2 je akak ni kan...tanya pasal posa.
Bukannye Ramadhan agi. Haaaa, tu la pasai nak cerita sikit ni.
Bawa2lah membaca sikit, jgn dok baca pasai gosip artis je.
Takut nanti kita pun terjebak sama dengan depa semua.
Oooppsss sorry ye, dah jadi ustazah la pulok!
Ok2 control balik, tarik nafas.
Takde2 ni ha ceritanye...bulan Rejab ni adik2 kakak2 sekalian,
maasyaAllah punyalah banyak fadhilatnya. 

KELEBIHAN BULAN REJAB:

Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan
seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w. lagi:
Bulan Rejab Bulan Allah, 
Bulan Sya'aban bulanku 
Bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.
(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab
mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan
pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab
dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka
(panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab
diafiatkan daripada bala
dan daripada penyakit
yang besar-besar dan daripada
fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab,
aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab,
keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab,
ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab,
dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab
keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH
tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab
Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim
pada tiap-tiap satu batu
di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab
akan dapat melihat wajah Allah di dalam
syurga dan orang yang
Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab,
dibina baginya sebuah mahligai
di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s
dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab,
diampunkan segala dosanya
yang telah lalu. Maka mulailah
beramal barang yang tinggi
daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala
kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti
puasa empat puluh tahun dan diberi
minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya
dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah),
diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

*Jom kita posa di bulan yg mulia ni sbb belum tentu kita
dpt jumpa lagi dgn bulan Rejab ni tahun depan..ngee!
               

Jalan2 cari makan

Dok teropong tempat makan yg sedap!! Yummy!!

Salam kawan2 semua, selamat pagi....ceria2 selalu ye.
Wah ari ni cuti...apa agenda kalian? Makan angin?
Shopping? Tidoq? Buat ketupat? hehe....
Klu buat ketupat betul x pe, leh makan
(teringat raya la pulok)
klu yg ketupat satu lagi tuh...ahhaa jgn amalkan ye,
kelak merana diri dan orang tak suka kat kita...sedih kan?
(berdosa pulok tuh)!
Sebenaqnya, nak cerita pasai ari ni pi jalan2 cari makan
kat Kuala Perlis. Errmm bestnye dpt makan pasembor kat gerai
yg famous jugakla kat cni,
Restoran Nelayan nama diberi....mai la klu x percaya
ttg keenakannye. Sedap sehingga menjilat ???? 
Jgn2 buat gitu, control ayu...
Jgn dok buat malu tau...
Dah2, pi makan nuh!
Sebelum pi makan kat Kuala Perlis, kami pi jalan2
kat Padang Besar, tuuu diiaaaaa...manusia punyelah ramai!
Pakat shopping sakan nampak,
 aku je yang x berapa nak shopping, just tengok2 jew
shopping mende makan je....jadilah tuh, kan3    

                    *Sentiasa menghargai masa bersama family
                                                (eratkan kasih sayang)!




Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link