Click! Click!

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al-Mubarak!


Salam penuh kerahmatan di bulan mulia ini...
alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa.
Macam2 dugaan kita tempuhi, yang baik jadikan teladan,
yang tidak baik cuba elakkan...cari lah pahala
sebanyak2nya di bulan mulia ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan
adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala
serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya
mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi
amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, di samping
sembahyangnya yang sunat ,
istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan  
Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam
perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu
dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya ,
setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada
malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya,
hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq Ke Maghrib).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam
kepada tiap orang yang berjaga pada malam
Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan
orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang
dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin
dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga
terbit fajar subuh berkata para malaikat kepada Jibrail ,

apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail
bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang
berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang
yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal
minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang
memutuskan sillaturrahim dan orang yang
tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara
yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith).


*Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan, marilah kita sama2
mengambil peluang ini untuk berbuat kebaikan...

Wednesday, August 4, 2010

Rajin sungguh anak mama!

Salam semua,dah lama gak x de n3 baru kan?
Maaflah sibuk sikit sejak dua menjak nih...
Maklumlah, assignment dah makin bertimbun nih!
Pelan2 buat, banyak gangguan...nak kata apa banyak rakyat (4 orang ).

Oklah, ari nih nak cerita pasai anak akak yang sorang nih
(yang kecik sekali, 'bongsu')
La ni dah pandai 'menyimpan' kata orang perlis...maksudnya mengemas..hehe
Bak kata semuanye dia nak buat, nak tolonglah kononnye,
Dah pandai panjat sana, panjat sini
(ok lah tu dik, jangan ko panjat peti ais mama dah le)
takut nanti mama pulok yang pengsan!!!

Yang paling x tahannye, bila dia berjalan terkodek2
mcm itik pulang petang...ngeee
Dah la mulutnye pun pot pet, pot pet...bercakap x berhenti,
bila kita marah, dia marah kita balik, ada ke patut...ermm
macamlah kita ni takut sangat kat dia...hihi
Sayaaannggg lagi ade lah...seronok tengok anak2
membesar di depan mata, kan? Macam2 kerenah...
4 orang, 4 kepala, macam2 ada!!!
Haaa...tengok2, dah nak start dah...seksinyeerr!
*
*
*
*
Mula2, tengok peti ais mama...
Dalam hati, "Tak kemaslah!"

Ok, susun lain biar kemas...
Mama nih x pandailah!

Kita makan dulu...ngeee!

Sebenarnye, aktiviti ini dilaksanakan oleh Damia
sewaktu tengah makan tau...hebat kan?
Kejap agi sambung balik...hehe

Alamak...x leh mengemas dah,
abang Syafiq nih kacau betoi lah!

Atas arahan mama, abang perlu bertindak segera
sbb dah hampir semua barang (yg dia sampai lah)
dalam peti ais tuh dia letak kat luar utk disusun semula...kuakuakua!

Tengok tuh nak watpe pulok dahhh...!!!
*
*
*

Nak ubah kabinet tv nih kat sana,
tak praktikal lah kat sini!

Errmmm, itulah saje untuk kali nih...insyaAllah
Damia akan menunjukkan skill yang lain pulokkk!!
Bye2 semua kawan2 mama! See u soon...

*Anak2 adalah racun dan juga penawar...
Kita sebagai ibubapa, hendaklah menerima
amanah Allah swt ini dgn sebaik2nya!

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link