Click! Click!

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al-Mubarak!


Salam penuh kerahmatan di bulan mulia ini...
alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa.
Macam2 dugaan kita tempuhi, yang baik jadikan teladan,
yang tidak baik cuba elakkan...cari lah pahala
sebanyak2nya di bulan mulia ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan
adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala
serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya
mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi
amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, di samping
sembahyangnya yang sunat ,
istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan  
Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam
perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu
dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya ,
setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada
malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya,
hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq Ke Maghrib).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam
kepada tiap orang yang berjaga pada malam
Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan
orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang
dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin
dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga
terbit fajar subuh berkata para malaikat kepada Jibrail ,

apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail
bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang
berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang
yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal
minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang
memutuskan sillaturrahim dan orang yang
tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara
yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith).


*Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan, marilah kita sama2
mengambil peluang ini untuk berbuat kebaikan...

No comments:

Post a Comment

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link