Click! Click!

Sunday, July 18, 2010

Hari-hariku...

i tengah happy nih...!!
Salam semua...tot tet tot tet, dah malam, cepatnya masa berlalu
hari-hari yang dilalui begitu menenangkan jiwa ragaku
maklumlah, cuti belajar sepenuh masa...
maksudnya...x payah fikir pasai kerja, lupakan terus!!!
fokus pada study je, cuba buat yang terbaik...caiyokk2!!!

Yang paling penting ialah masa bersama keluarga,
ada je mende yang dirancang...shopping, makan angin,
ziarah adik beradik, masak2 n makan2, berblog, FB,
jogging, mengemas, berkebun etc. dgn senang hatinya
haha, tengok2 ade orang jeles...!!!

Hari Isnin: Pagi2 en. suami antar anak2 gi sekolah n taska,
tengah hari, siapkan makan then bertolak ke Penang
class jam 5.00-7.00 mlm (QIM 503)- Dr Mona and 
8.00-10.00 mlm...(QIM 501)- Dr Bala
pastu, balik? nooo lahhhh... tido ler mana2 hotel (honeymoon jap :D)!!

Hari Selasa: Makan2 then balik Perlis, cuti2 Malaysia maaaaaaa...
sampai hari Khamis :)

Hari Rabu: Mcm biasalah..ulang balik yang hari Isnin tadi, hohoooo!!!
assignment? belum adelah...dah ade nanti baru le jadual ni bertukaq yee..

Hari Khamis: Pagi2 sama je, tengah hari pi Penang pulok dah,
Class jam 5.00-7.00mlm (QIM 512)- Dr Ahmad Fawzi
abis je class, singgah makan jap then balik Perlis...lalalala!!!

Hari Jumaat: Ulang balik hari Isnin tadi...fuyyooooo!!!

Hari Sabtu & Ahad: Hujung minggu, ape agi...jalan2 n cari makan leerr!

*Begitulah hari-hariku buat masa ni, mcm boring je kan?
tapi, BAHAGIAAAAAAAA!!!

Friday, July 16, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Salam semua, selamat beristirehat di petang Jumaat ni yee...
Sambil2 kita berehat tu... ni ha akak ada sikit buah tangan
untuk santapan minda dan rohani, meh2 baca...

Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan
yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam
keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah
dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami
di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT
hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Duniamu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu"

*Bacalah Ayat Al-Kursi ini walau di mana sahaja kita berada,
insyaAllah kita akan sentiasa di bawah lindunganNya, Subhanallah !!!

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA

otak kita...

Hieeee, buat ape tu? Semua manusia ada otak kan?
Tapi nape ada sesetengah orang kata, "Hang ni tak dak otak ka?"
Amboi marah sangatlah tu naa...
Jangan dok kata orang tak dak otak,
semua orang Allah ciptakan ada otak tau...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari, 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan
 dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah kesan daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan
otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya
satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara
baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin
kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan
satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan
tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan
peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak
merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak
dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat
baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka
yang masih memandang ringan kepentingan
berzikir dan mengabaikannya.

*Jadi, apa tunggu lagi...marilah kita sama2 berzikir
dengan kalimat2 Allah yang Maha Suci, Subhanallah!!!

Thursday, July 15, 2010

Adakah cinta perlukan sebab?


Salam sejahtera uols... harap semuanya sihat2 yee...
Ini al-kisah tentang cinta & kasih sayang, perlukah diucapkan?
Kalau selalu2 sgt ucap pun kot rasa rimas pulok kan....
Macam orang2 muda la ni bercinta ler, selalu berjumpa n berkepit sana-sini,
dok ucap cinta, kasih dan sayang macam nak rak...
(lastly mak bapak yang dok mengucap!)
Lepas tu, buat mende2 tak senonoh...akhirnya buang anak
merata-rata, tak pernah nak insaf, apa nak jadi lah
(dunia akhir zaman) tak ingat dosa dan balasan Allah.
Balasan Allah SWT itu amat pedih, ingat tu wahai manusia!!
Waahh, ustazah dok bagi usrah kejap yee...
Mari kita ikuti kisah ni...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang m
emang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya?

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara 
yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta 
Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

*Begitulah adanya, sama-samalah kita fikir dan renungkan yee...!

Wednesday, July 14, 2010

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


Salam semua, didoakan sihat2 selalu yee...
entry kali nih menarik sangat,
apa2 sahaja yang berkaitan dgn ayat Allah
adalah sangat2 bagus dan perlu diamalkan yee...
Ini akak dapat dari email kawan antar, meh kita kongsi2 k...

Surah Al-Ikhlas

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

*Mai kita sama2 mencari pahala yang memang cukup mudah utk kita dapat,
jadikan ia amalan setiap hari, insyaAllah Allah sentisa bersama kita...aminnn

Saturday, July 10, 2010

Betul2 lupa @ buat2 lupa...?

Hiieeee....amboi tajuk entry kali nih mcm pernah buat jeww,
eh mane ade...ye ke? haa, cepat mengaku, kalu x...satgi x leh buka mulut,
haa, kan susah tuh! kalu x leh buka mulut, maknanye x leh makan....uuwaaaaa!!!
betul lah! i lupa... ingatkan ikan tu u nak bagi i,
tak sangka lak u nak buat masak lemak..sorii!!

Dalam dunia memang ade orang macam ni kan?
Asyik2 lupa, sampaikan mende penting pun dia lupa...
kekadang tu, confius gak...betul ke dia ni lupa?
mcm x percaya pulok!!
terutamanya kalu yang masih muda terang tang2 tuh...
akak yang dah 30-an nih pun masih lagi tajam ingatannye,
inikan pulak yg masih fresh, kata orang...ermmm

kalau betul2 lupa x pe dek non,tapi kalu buat2 lupa, camne...?
kalu sekali dua tu, leh lagi terima, kan2...
tapi kalu dah sepuluh, dua puluh kali mcm tuh,
nampak sangatlah kelentongnye n mengelaaatttnye,
huh! akak memang betul2 x suka orang mcm nih tauu!

Sesetengah orang kata orang yang kuat kelentong nih otaknye kreatif
yeke...? ade kot sikit betulnye, yg banyaknye x betul...
tapi kalu kekreatifan itu digunakan ke arah yang negatif/susahkan orang lain,
bagi akak, mmg tak baik tauu...!!!

*Jangan selalu sangat cakap lupa, takut nanti terus 'lupa ingatan'
maklumlah, dah banyak sangat susahkan orang (balasan Allah swt)

Biru mata hitamku!!

Salam semua, didoakan agar semuanye sihat2 yee.
Ari ni lembab je cuaca, yelah dah hujan dari pagi sampai ke petang...
so aktvitinye di waktu sebegini ialaaahhhhhhhh....hehe mcm tau2 jeeww!
Mulanye mcm nih haa...

Pastu..haa, tengok tuh!! Amboi asyiknye tidoo...comey sangat kan2!
siap selimut agi...kehkehkeh
*
*
*
*

Eh, apalah melalut nih kan...tengok tajuk biru mata hitamku
ape ke hee nye ngan tido pulok nih?

Sebenarnya kisahnye gini...
maklumlah, dah jadi student ni ha...akak kena/must be to
improve my english yeeahahh!
Apa taknye, prof kata klu ade sorang je mat salleh
(bukan mat bin salleh ye) kat dalam klas tuh
kena guna BI, in lecture, presentation or whatever....lalalalala
soooo,.....pandai2lah yeeew utk mengimprovekan diri anda
lepas nih kamus kena always in my hand guyss..waaahhh!
classss gitu...
tetibe je terbayang mata hitam jadi biru...


wahhh, ok x klu akak bermata biru...kihkih!
beranganlah pulookk!!!
takut satgi, en suami pun x kenai...
maklumlah langsung x cantik n sweet mcm la nih...huhu!

*improve kan diri anda demi masa depan
yg lebih cemerlang, gemilang dan terbilang gitu...!

Wednesday, July 7, 2010

Award lagi :-)

Dapat award lagi from my naughty student
Nana sayang busyuk :) !!!
tq very3 much lah yeee....
award for 'FRIENDLY VISITORS'
ye ke Nana?...ermmm, apa2 ajeewww!
second time dapat award for 2 weeks blogger
ni haa, awardnyee...


toche2..!



*terima kasih daun keladi, kalu boleh bagilah lagiii..!!!

Tuesday, July 6, 2010

Penampilan baru...?


ok tak i?

Salam uols, hehe...sihat?
dah x de mende nak entry nih...ingat nak cerita pasal jadi student
dah lama berhenti study, jadi macam baru masuk sekolah la pulok!
kena bina semula semangat, jadi lebih power gitu.. :)

on the way ke penang (pulau mutiara)...

jalan2 cari rumah sewa...

on penang bridge...
dah 3 lane...

Perasaan bercampur baur, memang betul2 excited...
x dapat bayangkan...mcmana ye....errrrmmmm
personaliti kena ubah ke?
x perlu kot...
cuma kena tukar beg (handbag) ke beg sandang,
kasut tinggi ke kasut sport
(teringat filem 'cikgu sayang' lakonan Dharma Arrashid),
'cikgu bedah' pakai baju kurung then pakai kasut sekolah,
laju je jalannye..hahaha!
cepat sampai kelas...ngee!
baju? pakai yang paling selesa...seluar dan t-shirt@kemeja 'P'
leh tak mcm tu?
apa2 aje kan...
asalkan selesa dan mudah nak sampai satu2 tempat
mudah dapat ilmu jugak
good luck to me...hiks!

*Buat apa2 pun biarlah dengan niat yang baik
dan jangan mudah give-up...kan2!

AWARD!!

Wah baru2 nih akak dapat award pertama
untuk blog akak yang baru setahun jagung nih...
ish3...tak sangka akak, TQ very2 much to tQah
love you lah atas sokongan... ^_^
ni haa... awardnye

TQ tQah ...!!

Lepas nih lagi bersemangat utk berblogging :)
dengan entry yang lebih bagus, kan2!

* Entry yang bersifat info dan menambah ilmu sedia ada,
itu paling bagus...betoi dak?

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link