Click! Click!

Wednesday, July 14, 2010

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


Salam semua, didoakan sihat2 selalu yee...
entry kali nih menarik sangat,
apa2 sahaja yang berkaitan dgn ayat Allah
adalah sangat2 bagus dan perlu diamalkan yee...
Ini akak dapat dari email kawan antar, meh kita kongsi2 k...

Surah Al-Ikhlas

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

*Mai kita sama2 mencari pahala yang memang cukup mudah utk kita dapat,
jadikan ia amalan setiap hari, insyaAllah Allah sentisa bersama kita...aminnn

No comments:

Post a Comment

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link