Click! Click!

Friday, July 16, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Salam semua, selamat beristirehat di petang Jumaat ni yee...
Sambil2 kita berehat tu... ni ha akak ada sikit buah tangan
untuk santapan minda dan rohani, meh2 baca...

Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan
yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam
keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah
dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami
di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT
hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Duniamu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu"

*Bacalah Ayat Al-Kursi ini walau di mana sahaja kita berada,
insyaAllah kita akan sentiasa di bawah lindunganNya, Subhanallah !!!

2 comments:

  1. mmg xdinafikan ayat kursi mmg banyak faedahnyer jika kita amalkan..tapi nas jarang la plak amalkan..huhu :P

    ReplyDelete
  2. eloklah mulai sekarang, nas kena jadikan amalan yee, sangat2 bagus... kena jadikan kebiasaan, lama kelamaan kita akan rasa ada kekurangan sekiranya kita x baca....percayalah...

    ReplyDelete

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link