Click! Click!

Friday, July 16, 2010

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA

otak kita...

Hieeee, buat ape tu? Semua manusia ada otak kan?
Tapi nape ada sesetengah orang kata, "Hang ni tak dak otak ka?"
Amboi marah sangatlah tu naa...
Jangan dok kata orang tak dak otak,
semua orang Allah ciptakan ada otak tau...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari, 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan
 dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah kesan daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan
otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya
satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara
baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin
kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan
satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan
tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan
peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak
merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak
dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat
baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka
yang masih memandang ringan kepentingan
berzikir dan mengabaikannya.

*Jadi, apa tunggu lagi...marilah kita sama2 berzikir
dengan kalimat2 Allah yang Maha Suci, Subhanallah!!!

1 comment:

  1. Nice blog....salam kenal, back link ke blog saya yaaa..http://www.blogger.com

    ReplyDelete

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link