Click! Click!

Thursday, July 15, 2010

Adakah cinta perlukan sebab?


Salam sejahtera uols... harap semuanya sihat2 yee...
Ini al-kisah tentang cinta & kasih sayang, perlukah diucapkan?
Kalau selalu2 sgt ucap pun kot rasa rimas pulok kan....
Macam orang2 muda la ni bercinta ler, selalu berjumpa n berkepit sana-sini,
dok ucap cinta, kasih dan sayang macam nak rak...
(lastly mak bapak yang dok mengucap!)
Lepas tu, buat mende2 tak senonoh...akhirnya buang anak
merata-rata, tak pernah nak insaf, apa nak jadi lah
(dunia akhir zaman) tak ingat dosa dan balasan Allah.
Balasan Allah SWT itu amat pedih, ingat tu wahai manusia!!
Waahh, ustazah dok bagi usrah kejap yee...
Mari kita ikuti kisah ni...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang m
emang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya?

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara 
yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta 
Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

*Begitulah adanya, sama-samalah kita fikir dan renungkan yee...!

2 comments:

  1. i always believe love should be express...especially to ur loved ones...because they won't know:)

    ReplyDelete
  2. kekadang memang sayang dan cinta itu perlu jugak ditunjukkan, klu x nanti jadi hambar jeer...kan3?
    sekali-sekala buat kejutan ke...lagi best!

    ReplyDelete

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link