Salam semua...tidak terlambat rasanya untuk akak ucapkan
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu...*bakal ibu pun boleh*
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu...*bakal ibu pun boleh*
Semoga ibu-ibu sentiasa beroleh keberkatan dan ketenangan dalam
mengasuh dan mendidik anak2. Akak hanya dapat mendoakan ketenangan
roh ibu dan ibu mertua akak kerana mereka berdua telah 'dijemput'
oleh Allah SWT terlebih dahulu...
Memang ketiadaan ibu begitu terasa sekali
kerana ibu adalah orang yang paling rapat dengan kita
Semoga ibu ditempatkan bersama golongan
Ibu...
tanpamu di sisi begitu menyakitkan
tanpamu di sisi membuatku sunyi
tanpamu di sisi membuatku rindu
engkaulah ratu hatiku...pengubat segala resahku
penawar segala kesakitanku
engkau sentiasa memberi kekuatan dan semangat
tak jemu-jemu melayan kerenah anakmu
walaupun sakit hatimu dengan perangai dan tingkah anakmu
engkau tetap tabah dan menyayangi sepenuh hatimu
tiada tolok bandingnya...
Ya Allah...sayangilah ibuku sepertimana dia menyayangiku!
salam tun..kak noor pun dh kehilangan mak,sedihkan..mak mertua adalah...sama juga macam mak kita kan.
ReplyDeletebetul tu kak noor...sedih sangat, rasa macam baru semalam je dia 'pergi' tapi kita kena redha kan?
ReplyDeletemak mertua pun mak kita jugak kak...tumpang kasih :)
wuu sedih entry nih..
ReplyDeleteal-fatihah
btw, selamat hari ibu kaktun! :D