Click! Click!

Thursday, December 16, 2010

Kenduri-kendara :D

Salam semua...amboi sibuk sungguh kalau buat kenduri nih kan. Macam2 benda nak buat, rasa teruja pun ada gak. Maklumlah akak nih x pernah buat kenduri lagi (umah sendiri le). Baru2 nih anak akak yang sulung "Abang Syafiq" berkhatan pada 30/11 ari tuh dan kendurinye pada 6/12...so nak buat gak le sikit2 (kononnya). Tapi x leh jadi sikit2, jemput jiran2, adik-beradik, kawan2 ofis, kawan2 sekolah...lastly jadi banyak le jugak, xpe2 meriah pulok jadinye...best2!

Bukan umah akak, ehsan prof. Goo...

Tapi akak agak terkilan le pulok, sebab....satu keping gambar pun tak tertangkap, aduyaiiiii!!! Macamana leh jadi macam nih, langsung tak ingat nak snap, punyalah sibuk melayan tetamu yang datang sampaikan terlupa nak amik gambar utk kenang2an...ish3! Hurrmm nak wat camne? Mende dah lepas...Ni haa orang yang diraikan...see :D

Syafiq the incredible huk2!!
Anyway, semuanya dah selesai...alhamdulillah :) Ramai gak yang datang, ada kawan2 yang dah 20 tahun lebih x jumpa pun datang...Bapa sedara dan mak sedara dari Perak pun datang, jiran sekampung pun turut meraikan...alhamdulillah syukur!

*InsyaAllah nanti kita buat kenduri lagi yea, seronok pulok walaupun penat...hehe

Wednesday, December 15, 2010

Asyura (10 Muharram)

Salam semua, harap semuanya sihat2 belaka yea...
Esok 10 Muharram, juga dikenali sebagai hari ASYURA. MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.


Empat belas(14) perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah.
Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.Menunjukkan orang sesat.
Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.  
6.Bersedekah.
Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat.
Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak.
Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.  
11.Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11kali.

12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
*Marilah sama2 kita membuat amalan yang baik ini yea :)
Terima kasih kepada laman web  http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html kerana berkongsi ilmu ini.

Friday, December 10, 2010

Gelagat anak2 :D

Salam semua, amboi jenuh jugak nak buat entri baru nih...ermmm rasa macam tak habih2 letak cerita pasai anak2...yelah dah ada anak, kan? Hari2 tengok muka depa...tambah2 lagi klu cuti sekolah nih, macam2 aktiviti yg depa rancang tau, sampaikan kita nih dah habih idea...depa pulok bagi cadangan. Amboi2...kreatif jugak anak2 akak ni tau.

Si anak teruna sorang ni asyik2 ajak pi padang bola, berlatih main bola le kononnye...padan le ngan ayahnya memang kaki bola. Pantang ada game kat stadium, punggung dah 'panas'...tak leh dok diam. Asyik dok ulang cari mama kat mana...nak tanya mama nak pi ke tak (amik hati), sebenaqnya depa bukan tak tau, mama depa nih memang tak berapa suka pi stadium tu, 1. bawa anak kecik (tak sanggup akak) dok control anak bukannya tengok bola, 2. bising sangat (rimas akak tau...tak suka3!), 3. penonton cakap bukan2 tau...ade gak yang mencarut, apa la hangpa nih, nak tengok bola tengok ajelah, x payah sampai nak mencarut2 dan cakap pelik2 (benci and menyampah tau!)...

Yang si dara 3 orang tu, asyik ajak pi taman je...klu nampak je taman, mesti nak singgah...klu tak bisingnya sampai umah (menangis segala...macam nak pecah keta!). Sabaq jelah ibu2 bapak2 :D Itulah dugaan menjadi ibu dan bapa nih...kena sabaq banyak2!!! Klu dah x sabaq sangat, 'bagi' jeeeeeewww...wahhh ganas akak kan? Takdelah...pukul2 manja je...hehe! Satu hari tu, kami pi stadium Kangar...ayah ngan anak teruna main bola, mama ngan 3 dara pingitan buat apa???????  See .... :D

Senyum2...amboi tangkap lentuk nampak!

Peace! Adik tengok mana?

Amboi cik adik manis...mau pigi mana aaa!

Gelagat anak2... :D

Kita seronok bila tengok depa seronok dan begitulah sebaliknya...suka duka dalam mengharungi kehidupan bersama. Dah 12 tahun...rasa macam baru semalam kita berkenalan kan2... 'abang sayang'? Hehe...harapnya akan terus ada perasaan begitu hingga hujung nyawa kita...insyaAllah!

*Cintailah pasangan kita seadanya, tak semua manusia itu sempurna.

Friday, December 3, 2010

Punggung 'ku' dicium lagi... :-p

Salam uols...wah tajuk N3 punyalah mengancam jiwa lara..hihi. Jangan dok pikiaq pelik2 na...haaa akak nak ceghita sikit pasai punggung 'ku' ni... apadia haaa??? Punggung 'ku' a.k.a punggung 'kereta'...hehe. Boleh kata semua kereta akak dah dicium oleh kereta dan motosikal. Tak tau le pasai apa. Depa bekenan sungguh sampaikan nak cium jugak2. Geram kot naaa....hik3!

Bukan punggung keretaku...ehsan pakcik google.

Dulu kereta kancil, motosikal mai hentam sampai pecah berderai kaca cermin belakang, aduhaiii kereta kancilku. Terbang kurang lebih RM1k...hurmmm, sabaq je la. Jual pi kereta tu, beli kereta MyVi pulok. Baru pakai beberapa bulan, punggungnya dah dicium pulok oleh kereta Kia Citra. Dah le tu, memang sah2 salah dia...dia buat liat nak bayaq ganti rugi. Memang x bertanggungjawab sungguh orang tuh!!!
Dialog kami: Akak: "En...pasai apa bawa laju sangat, takkan x nampak
lampu isyarat merah tu?"
En. Penyangak: "Minta maaf le, saya x sengaja...tengah dok adjust radio, tiba2 terlepas brek (kereta auto le ni)...minta maaf na"
Akak: "Ni macamana ni...sapa nak bayaq kereta saya dah rosak nih"
En. Penyangak: "Sikit je nih, nanti tanya kedai...saya bayaq"
Akak: "Ok le macam tu, nanti saya bagitau berapa kena...bagi no tel"
Selang beberapa hari, Akak: "En...saya dah tanya 2, 3 kedai depakata
dalam RM450 semuanya"
En. Penyangak: "Amboi mahalnya, takkan banyak tu kot!"
Akak: "Ingat saya tipu ke? (dalam hati bengang tak sangga dah)"
En. Penyangak: "Takpelah, saya bagi RM100 dulu"
Akak: "Ok, nanti masukkanlah lebihannya kemudian ye"

Haaa...tudia punya le panjang lebaq akak bercerita, sampai la ni 'penyangak' tu tak bayaq lebihannya, terpaksalah akak ni guna duit sendiri dek. Sakitnye hati hanya Allah yang tahu. Sedangkan memang dok jumpa selalu dgn 'penyangak' tuh, sbb dia dok pi ambik bini dia di sekolah anak akak belajaq...tapi dia nampak akak boleh buat POYO je!!! eeeee...geramnye!! Takpe...Allah akan balas orang macam tu. Tak lama lepas tuh, akak terserempak ngan dia masa pi amik anak kat sekolah...tengok2 kereta dia rosak teruk kat sebelah tepi kanan/kiri..tah tak ingat....dalam hati akak, emmm padan muka hang...Allah dah bayaq cash!!!

Haa...satu lagi kereta akak Kia Spectra, baru2 nih dilanggar oleh couple yang sedang asyik masyuk bercinta atas motor. Berdarah mulut si jejaka tadi, yang si dara (dara ke?)...pening2 lalat gitu. Bawa laju le tu, kereta akak ni slow je...sbb kereta kat depan akak nak masuk simpang. Tetiba...gummm!!! Heran akak...suka sungguh depa nak cium punggung kereta akak. Kita nih boleh dikategorikan 'PEMANDU BERHEMAH' gitu tapi ada je yang nak 'kiss'...tapi kerana kesian tengok akak suruh le en suami bagi RM20 utk gi peksa..ciannnnn!!!! Nasib baik Kia Spectra...haaa tak kemik langsung dek, cuma calar ckit je...si couple tadi sampai terpelanting (kata makcik dok tepi jalan, kira saksi le nih!). Lain kali klu nak bercinta...agak2 le...

*Jangan pegang2...duduk renggang2.. hehe :D
Hati2 di jalanraya!!!

Sunday, November 28, 2010

Horeeeyy...MERDEKA, best2!

YES!!! Merdekaaaaaaaa...

Salam semua...ish3, lama jugak tak update entry blog nih. Maklumlah ari tuh sibuk ngan final exam. Alhamdulillah semuanya dah selesai...harap2 tuh dapat markah yang memberangsangkan..huhu :) Semoga semuanya baik2 aje dan dapat diteruskan perjuangan untuk semester kedua pulok. Akak memang risau betoi le ari tuh, yang ari mula tuh... dua paper sekali, pagi dan petang. Takut x ingat mende apa yang dibaca , maklumlah dah berumur nih, otak pun dah berkarat...hehe! Anyway, hope everything OK!

Ok la ni, apa lagi...hooreyyyyyyy!!! Akak dah merdeka dek...boleh cuti2 Malaysia lagi :D macam2 idea ade dalam otak nih...nak isi masa yang ada terutama ngan en. suami dan anak2 tercinta...hehe. Bercuti, bersantai, berguling2, jalan2 makan kenduri, jalan2 cuci mata dan macam2 lagi lah....urrmmm.
Kenduri kahwin...wah sedapnye bau!

Cakap pasai kenduri, aduyai memang banyak sungguh, tambah2 cuti sekolah nih. Yang berkahwin, yang bersunat, yang buat Aqiqah, yang kenduri arwah, yang kenduri kesyukuran....banyak lagi lah, rezeki tuh...moga2 yang buat kenduri tu akan bertambah2 le rezekinya yeaaa. Ok lah, akak nak gi kenduri pulok nih... 5 tempat dek, sempat ke? Heehe..jalan dulu lah yeaaa.. :D , dok bau lauk kenduri dah nuh...

* Suka2 dan makan2 bersama keluarga...

Friday, October 29, 2010

Malas mandi yeaa...!!

"Kak cik jom mandi!"...panggil mama
"Tak mau..kak cik mandi dah"...jawab kak cik
"Bila kak cik mandi? mama  x nampak pun?"...tanya mama
"Kelmarin kak cik mandiiiii.....hehe"...gelak kak cik
"Ooo, loyar buruk yea...satgi mama nak keluaq jalan2 tau,
kak cik x payah pi naa?"...gesa mama
"Aaaa...sat2 na, mama tunggu le...kak cik nak pi mandi le ni,
sat pi amik tola (tuala) dulu naaa! sayyaaaang mama!!!"

Haaaaa, itulah dia dialog mama ngan kak cik Dina, dia memang banyak alasan kalu suruh pi mandi. Macam2 dia jawab...nak tergelak pun ada jugak! hihi...nak marah pun x jadi.. hrmm, ni haa budaknyee...
*
*
*
*
*
Budak busyuk tak mandi.. :P

Sebenaqnye, kak cik Dina ni ada masalah alahan pada kulit (ezima).
Jadinye dia selalu le menggaru2, kekadang tu sampaikan
luka & berdarah dibuatnya .
Sebab tu le dia malas nak mandi,
Kak cik kata "Pedih le mama, tau tak pedih!!"

Disebabkan itulah, dia selalu buat hal
dan memang suka buat orang marah (nakkan perhatian) 
tp dia sangat pandai mengambil hati & buat lawak...hehe
dan satu lagi klu amik gambaq mmg pandai posing tauu...

*Kesian kak cik, dah 3 tahun dia sakit dan dah mcm2 ubat mama&ayah
cuba dapatkan...alhamdulillah la ni dah ok ckit.

Senangnya dalam hati :D

Salam semua... moga ceria2 selalu di pagi Jumaat yg mulia ini. Dah mandi? Dah siap2 gi sembahyang Jumaat? Haipppp! tu pasai apa x siap lagi tuh? cepat2...jgn dok ghalit (leka) naaa. Hari ni, akak dah merrddeeeekaaa!!! Daripada assignment untuk semester ni, alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Akhirnya, dapat selesaikannya, tinggal satu lagi taraaaa....FINAL EXAMMM!  Fuuhhhh...ada 2 minggu untuk membuat persediaan. Moga akak dan en. suami dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah juga yang baik2 saja. Tolong doakan akak dan che abang yeee... So buat masa ini, BAHAGIAAAAAAA!!!

Bahagianya i rasa...!!!

*Dah2, jom study...jangan stadooo pulok! ngeee...

Saturday, October 23, 2010

Senyuman Kak Cik Dina :)

Senyum2...eheh basah lagi! Senyum-senyumlah selalu agar muka kita sentiasa berseri yeaa..petua awet muda tu tau..hehe, malah senyum itu satu sedekah. Susah sangat ke nak senyum? Walau kita ada masalah tapi bila jumpa orang cubalah sedaya upaya untuk senyum. Orang lain tak tau masalah kita, so janganlah sampai orang yang takde kaitan dalam masalah kita pun, bila jumpa ya Allah mukaaaa......mcm ape tah!! Jangan ingat kita sorang je ada masalah yeeaa...

Aik...emo le pulok...sebab akak pernah rasa dek non. Sampaikan kita ni naik heran, nape lah dia ni tak nak senyum pun, bila aku senyum kat dia...aku ada buat salah ke kat dia? rabun ke? @ aku yang silap tengok @ dia memang tak suka kat aku @ ape2lah. Haaa...jangan sampai orang tertanya2 mcm yg akak alami ni yeaa....ciannnn, akak!!!! Eheh dah melalut pulok, sebenaqnye nak tunjuk le ckit jenis2 senyuman yang ade...dan modelnya adalahhhh......taraaaaaa, Kak Cik Dina :D, jom tengok2....

senyuman yang tak berapa nak simpul :)

senyuman yang agak simpul :)

senyuman simpul habis :)

senyum simpul with peace :D

senyum simpul lagi dan lagi dan lagi!!

*so, senyum2 le selalu...moga bertambah2 berseri muka kita dan rezeki pun bertambah :) 

Friday, October 22, 2010

Mari Belajaq Tulih ngan Damia :D

Salam semua, amboi3!...macam Azwan Ali le pulok..hik2. Bukannya apa, dah lama dah hupdate blog ni haaa..sibuk le dek non oiii..huhu! Banyak debu n sawang dah nih, huk3... *terbatuk2 manja giteww* ..ni nak cerita pasai anak akak yang bongsu tu ha..si Damia, dah pandai memanjat and amik pensel, pen dan segala mak nenek...*menulih ghata ceghak*...ha tudia keluaq bahasa perlis..hihi! Maknanye, *menulis merata-rata*. Tengok le gambaq dia dok pesah apa tak tau le, kus semangat akak dek non, nasib baik le tak jatuh meja, klu tak..hrmmm... jom layannnn!!!

Amboi3...jeling tak sangga na, bulu mata tu mahai tau!

Marah mama amik gambaq dia, jeling siok2 aihh...nu banyak menda lagi nak buat, tu yang marah sangat. Dia malu bila mama dok tengok apa dia buat..hehe, lagi3!!

tengok le tuh, bukan main mengebat (eksyen) lagi!


baru dok pilih pensel, amboi dok elok2 ckit cek!!

mula2 kita amik buku dulu yeeaa....

lepas tuh, kita tulih ler apa kita nak tulih, ok tulih semuaaaa... :D
eheh terbalik daaaa....!!!

Giteww lah adenya anak akak dek oiii, nasib baik sempat tengok...kalau tak ermmm rasanya dah jatuh gedebok atas lantai...isk3!! Adik Damia ni memang berkenan sungguh dengan buku dan pensel/pen...anak cikgu lah katakan! Hik2....Takpelah adik, jangan conteng dinding dah, ari tuh dah abih duit cat semula dinding, kreatif sangat nak kata apa lagi...

*Anak2 yang kreatif jangan dihalang minat dia...biaq pi kat dia,
jangan sampai jahanam benda sudah!

Wednesday, October 6, 2010

Jom santai... :D

Nak santai kat mane? kat mana aje yang hangpa rasa santai bila dok situ...apa punya bahasa daa...ada paham ka? hiksss.... tengok kawan kita ni, hehe...memang santai abissss!

Ape tunggu lagi, mai le join kiteee...hik2!

Nak santai kat mane? Dengan sapa? Bila? Bila ade duitlah kan..kan..kan, ermm yang penting kita rasa seronok dan bahagia terutama klu pi dgn keluarga. Selalunye santai yg paling best mestilah tempat yg ade air spt. sungai, kolam, air terjun, taman tema etc. ...bila diingat2 balik dah lama x pi bersantai dgn anak2, bukannya apa...ari tu kak cik (Dina) ada sebut pasal mandi kolam..tau dia cakap apa?

"Mama, mama... jom kita pi hotel"
nape la tiba2 je mek ni dok ajak pi hotel pulok!
Mama dia pun tanya balik..
"Nak pi buat apa kat hotel?"
Kak cik jawab "Nak pi mandi kolam le mama...dah lama kak cik x pi mandi kolam!"

Kesian le pulok, nanti le mama pikirkan yee...la ni mama tengah banyak assigment nak kena buat nih..ish3! (banyaklah sangat..ngee!, sebenar2nye duit x berapa nak ade..hehe)teringat masa pegi Gua Kelam ari tuh..bestnyeerrr! tengok2...

syoknye leh mandi!

hai...sayalah kak cik Dina..ngee!

Bila ada masa, ada duit leh pegi lagi..kan..kan (x perlu tunggu duit melambak pun). Betoi3! kadang2 x leh merancang sangat...dok rancang sgt, lastly x jadi pegi...spoil je kan. Rasa nak pegi je, terus siap dan ambik barang2 ape yang patut, start keta...jalannnnnnnnn! :)

*Mari kita gi cuti-cuti Malaysia maaaaaa...

i'm very proud of him...

Salam uols..apa habaq? Harap tu sihat2 selalulah ye. Masa tengah shopping kat Sungai Petani ari tu, my ex-student mesej suruh beli paper KOSMO (28/9/2010)...why? why me? hehe...kot2 mama rindu katanya..ok2. Ni ha rupanye...dalam GenK

Seronok cari duit poket
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

DI satu sudut taman, kelihatan dua orang gadis leka membetulkan tudung masing-masing. Seorang memakai tudung berwarna biru, manakala temannya menawan dengan warna kegemaran, merah jambu.

Di hadapan mereka, seorang lelaki berkemeja ungu berbelang putih lengkap dengan ves rona kelabu asyik membetulkan kameranya.

Sebaik menyedari pelanggannya sudah bersedia, tanpa berlengah jarinya pantas menekan picu kamera. Bertalu-talu sebelum berhenti seketika sambil membelek hasil gambar yang dirakamnya.
Sesekali kelihatan lelaki itu tersenyum dan kadangkala mengerutkan dahi. Mungkin kurang berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Kemudian, dia meminta dua remaja tersebut menukar gaya dan beraksi secara spontan sebelum menyambung tugasnya dengan penuh semangat.

(sebahagian lagi beritanya...)
Kamera Nikon D50
"Saya terus jatuh cinta dalam bidang ini," jelas Epa yang kemudian menyambung pelajaran ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis dalam jurusan Diploma Media Digital (Seni Digital) selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekali gus memulakan kehidupan sebagai jurugambar. Menurutnya, pada semester pertama, orang tuanya membelikan sebuah kamera Nikon D50 untuk kegunaan di kampus.
Untuk melihat karya-karya fotografi Epa, anda boleh layari laman web eppaphotography.blogspot.com.(utk. baca lagi tentang dia, silalah dpt.kan online KOSMO ye...28/9/2010 - Arkib Berita).
Dia memang seorang pelajar yang baik, dikenali kerana sifatnya yg bagus itu...ya i'm very proud of him...so, Epa...keep it up in whatever you do, God bless you... :)

*Apa2pun semuanye bergantung pada niat @ 'nawaitu' kita kan...
Niat yang baik akan sentiasa diberkati Allah SWT, aminnn..

Friday, September 24, 2010

Salam Aidilfitri buat semua...maaf zahir & batin!

Salam semua, tidak terlambat rasanya utk ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN...pada semua yang mengenali, follower atau yg baca blog akak nih yee...maaf jugak sebab dah hari ke berapa nih yee...masih lagi dalam mood raya kan? Al-maklumlah, banyak mende nak buat, jadinye nak buat n3 baru pun x sempat..huhu, Kak Tun sekeluarga harap anda semua sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang...

Banyak ke buat kuih raya? ada lagi ke kuih? x buat open house ke? dah menziarah sanak saudara? dah menziarah kawan2? banyak ke bagi duit raya? byk betul tanya kan? Anyway, asalkan uols bahagia dan seronok bila dapat berkumpul semua adik beradik dan kawan2.. Khas untuk tatapan semua, gambar Raya 2010, kali nih tema merah you...! saksikanlah...
*
*
*
*
*
*


hehe, muka adik Damia kurang ceria sebabnye dia demam, selesema & batuk... ermm... raya nih x leh le nak jalan2 sangat, dia asyik merengek & meragam je... utk. adik-beradik kat Perak, maaflah ye..masih belum sampai lagi kami ke sana, insyaAllah klu x de apa2 masalah, kami akan pegi sana... utk. adik-beradik kat T'Ganu, nantikan kedatangan kami..hehe... insyaAllah kalau ade rezeki lebih yeeaa..

*Syawal begitu mendambakan
ketulusan hati kita dalam meraikannya...
bermaaf-maafanlah kita ye!

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al-Mubarak!


Salam penuh kerahmatan di bulan mulia ini...
alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa.
Macam2 dugaan kita tempuhi, yang baik jadikan teladan,
yang tidak baik cuba elakkan...cari lah pahala
sebanyak2nya di bulan mulia ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan
adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala
serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya
mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi
amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, di samping
sembahyangnya yang sunat ,
istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan  
Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam
perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu
dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya ,
setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada
malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya,
hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq Ke Maghrib).

Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam
kepada tiap orang yang berjaga pada malam
Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan
orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang
dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin
dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga
terbit fajar subuh berkata para malaikat kepada Jibrail ,

apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail
bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang
berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang
yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal
minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang
memutuskan sillaturrahim dan orang yang
tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara
yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith).


*Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan, marilah kita sama2
mengambil peluang ini untuk berbuat kebaikan...

Wednesday, August 4, 2010

Rajin sungguh anak mama!

Salam semua,dah lama gak x de n3 baru kan?
Maaflah sibuk sikit sejak dua menjak nih...
Maklumlah, assignment dah makin bertimbun nih!
Pelan2 buat, banyak gangguan...nak kata apa banyak rakyat (4 orang ).

Oklah, ari nih nak cerita pasai anak akak yang sorang nih
(yang kecik sekali, 'bongsu')
La ni dah pandai 'menyimpan' kata orang perlis...maksudnya mengemas..hehe
Bak kata semuanye dia nak buat, nak tolonglah kononnye,
Dah pandai panjat sana, panjat sini
(ok lah tu dik, jangan ko panjat peti ais mama dah le)
takut nanti mama pulok yang pengsan!!!

Yang paling x tahannye, bila dia berjalan terkodek2
mcm itik pulang petang...ngeee
Dah la mulutnye pun pot pet, pot pet...bercakap x berhenti,
bila kita marah, dia marah kita balik, ada ke patut...ermm
macamlah kita ni takut sangat kat dia...hihi
Sayaaannggg lagi ade lah...seronok tengok anak2
membesar di depan mata, kan? Macam2 kerenah...
4 orang, 4 kepala, macam2 ada!!!
Haaa...tengok2, dah nak start dah...seksinyeerr!
*
*
*
*
Mula2, tengok peti ais mama...
Dalam hati, "Tak kemaslah!"

Ok, susun lain biar kemas...
Mama nih x pandailah!

Kita makan dulu...ngeee!

Sebenarnye, aktiviti ini dilaksanakan oleh Damia
sewaktu tengah makan tau...hebat kan?
Kejap agi sambung balik...hehe

Alamak...x leh mengemas dah,
abang Syafiq nih kacau betoi lah!

Atas arahan mama, abang perlu bertindak segera
sbb dah hampir semua barang (yg dia sampai lah)
dalam peti ais tuh dia letak kat luar utk disusun semula...kuakuakua!

Tengok tuh nak watpe pulok dahhh...!!!
*
*
*

Nak ubah kabinet tv nih kat sana,
tak praktikal lah kat sini!

Errmmm, itulah saje untuk kali nih...insyaAllah
Damia akan menunjukkan skill yang lain pulokkk!!
Bye2 semua kawan2 mama! See u soon...

*Anak2 adalah racun dan juga penawar...
Kita sebagai ibubapa, hendaklah menerima
amanah Allah swt ini dgn sebaik2nya!

Sunday, July 18, 2010

Hari-hariku...

i tengah happy nih...!!
Salam semua...tot tet tot tet, dah malam, cepatnya masa berlalu
hari-hari yang dilalui begitu menenangkan jiwa ragaku
maklumlah, cuti belajar sepenuh masa...
maksudnya...x payah fikir pasai kerja, lupakan terus!!!
fokus pada study je, cuba buat yang terbaik...caiyokk2!!!

Yang paling penting ialah masa bersama keluarga,
ada je mende yang dirancang...shopping, makan angin,
ziarah adik beradik, masak2 n makan2, berblog, FB,
jogging, mengemas, berkebun etc. dgn senang hatinya
haha, tengok2 ade orang jeles...!!!

Hari Isnin: Pagi2 en. suami antar anak2 gi sekolah n taska,
tengah hari, siapkan makan then bertolak ke Penang
class jam 5.00-7.00 mlm (QIM 503)- Dr Mona and 
8.00-10.00 mlm...(QIM 501)- Dr Bala
pastu, balik? nooo lahhhh... tido ler mana2 hotel (honeymoon jap :D)!!

Hari Selasa: Makan2 then balik Perlis, cuti2 Malaysia maaaaaaa...
sampai hari Khamis :)

Hari Rabu: Mcm biasalah..ulang balik yang hari Isnin tadi, hohoooo!!!
assignment? belum adelah...dah ade nanti baru le jadual ni bertukaq yee..

Hari Khamis: Pagi2 sama je, tengah hari pi Penang pulok dah,
Class jam 5.00-7.00mlm (QIM 512)- Dr Ahmad Fawzi
abis je class, singgah makan jap then balik Perlis...lalalala!!!

Hari Jumaat: Ulang balik hari Isnin tadi...fuyyooooo!!!

Hari Sabtu & Ahad: Hujung minggu, ape agi...jalan2 n cari makan leerr!

*Begitulah hari-hariku buat masa ni, mcm boring je kan?
tapi, BAHAGIAAAAAAAA!!!

Friday, July 16, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Salam semua, selamat beristirehat di petang Jumaat ni yee...
Sambil2 kita berehat tu... ni ha akak ada sikit buah tangan
untuk santapan minda dan rohani, meh2 baca...

Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan
yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam
keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah
dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami
di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT
hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya 
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Duniamu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu"

*Bacalah Ayat Al-Kursi ini walau di mana sahaja kita berada,
insyaAllah kita akan sentiasa di bawah lindunganNya, Subhanallah !!!

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA

otak kita...

Hieeee, buat ape tu? Semua manusia ada otak kan?
Tapi nape ada sesetengah orang kata, "Hang ni tak dak otak ka?"
Amboi marah sangatlah tu naa...
Jangan dok kata orang tak dak otak,
semua orang Allah ciptakan ada otak tau...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan
tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari, 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan
 dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah kesan daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan
otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya
satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara
baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin
kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan
satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan
tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan
peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak
merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak
dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat
baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka
yang masih memandang ringan kepentingan
berzikir dan mengabaikannya.

*Jadi, apa tunggu lagi...marilah kita sama2 berzikir
dengan kalimat2 Allah yang Maha Suci, Subhanallah!!!

Cuba Klik Tengok!

~ HeartBeat ~

Meh Kita Tukar2 Link